BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
~~> Ermmm... menangis dalam hati begitu menyakitkan :-( .. Jd utk kebaikan..keluarkanlah airmata sebanyaknya..Baru lega..

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
~~>Haa... yang ni betulla..Kalo kita tgh marah,main tegur2 kan meletus perang dunia.. Jadi calm down dulu

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
~~> Bila kita dah sygkan seseorg, segala y buruk nmpak baik..hingga memakan diri sendiri..Last2 diri y merana.. Jd sygi diri kita selebihnya

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
~~> Setuju sgt2

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
~~> Aduhhh... gugur jantung wei

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
~~> Hehhehe..bile trima pujian kembang semangkuk & sipu2 malu.. Tp pujian tu bg sy 1 penghargaan utk wanita. Puji pon pujilah seadanya..Bkn melebih-lebih

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
~~ Boleh berlaku, jika hati perempuan terlalu terluka..Kesimpulannya, jika rasa xde perasaan pd seseorg wanita tu, jgn bgnya harapan.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
~~Insyallah... lama2 wanita itu mula terima hakikat

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
~~Setuju.... saya suka luahkan melalui tulisan & muzik

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
~~Pantang!! Tanpa rahim wanita ni... x lahirlah generasi-generasi seterusnya

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
~~no komen

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
~~ hehehheee,,,cam perli aku jer ni?? mestila jual mahal dulukan..kitakan ada maruah

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
~~mungkin

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
~~setuju

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
~~setuju

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
~~hehhehee..

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
~~ betul...saya selalu kata g2 dulu..sebab apa x jumpa Fain terus jer..Biar dia sorang je dlm hidup..Tp itulah...peristiwa lalu mematangkan diri

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
~~ ????????????

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
~~ betull...kalo ada tambahan kata2 y sweet..lg indah rasanya

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
~~ setuju

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
~~setuju

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
~~setuju

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
~~setuju

27. Senjata wanita adalah airmata!!  
~~setuju

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
 ~~mmg sgt2 suka..rasa dihargai oleh pasangan

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
~~betul kot... sbb ini y berlaku pd saya..hehehee

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
~~ 100% SETUJU.. bukan mau harta & wang ringgit



Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.